Wednesday, July 29, 2009

PENANAMAN VANILA
Pengenalan
Bibit vanila yang terdapat di Borneo Vanilla sedia untuk ditanamKorporasi Pembangunan Desa atau KPD telah mempelopori industri penanaman vanila di negeri Sabah pada 04 Jun 2007.
Bagi mengembangkan penanaman dan pengeluaran vanila secara komersial di negeri Sabah, KPD telah membuka sebuah pusat semaian dan ladang vanila di Lumadan, Beaufort yang lebih dikenali dengan nama Borneo Vanilla. Pusat ini boleh menampung 50,000 bibit vanila dalam satu-satu masa untuk dibekalkan ke ladang vanila milik KPD, para peserta Perladangan Kontrak dan pengusaha-pengusaha persendirian. Selain daripada itu, ia juga mempunyai sebuah ladang demo sebagai pusat maklumat mengenai penanaman vanila.Projek Tanaman Vanila akan dilaksana secara Perladangan Kontrak dengan pengusaha yang berminat dan juga ditanam di ladang milik KPD sendiri. Tanaman ini sangat bernilai tinggi dan sesuai disertai oleh petani yang tidak memiliki kawasan tanah yang luas. Dengan itu tidak hairanlah jika tanaman vanila dipanggil Emas Hijau di Indonesia.Pada bulan Mei 2008, Projek Tanaman Vanila KPD melangkah setapak lagi ke hadapan melalui MOU yang ditandatangani di antara KPD dengan CV Moeri Agro, Indonesia dalam penyediaan keratan vanila untuk tujuan bibit dan Bio-FOB sejenis formula organik yang sesuai untuk tanaman vanila.
Objektif
1. Mengoptimakan penggunaan tanah pertanian dengan mengusahakan tanaman vanila yang bernilai tinggi
2. Menjadikan negeri Sabah sebagai pengeluar utama vanila di Malaysia
3. Membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan petani luar bandar dengan melibatkan mereka dalam Perladangan Kontrak
Aktiviti Yang Dijalankan
1. Membekal bibit vanila kepada petani (peserta projek), pengusaha persendirian dan di ladang KPD sendiri.
2. Memberikan khidmat nasihat teknikal mengenai tanaman vanila.
3. Memberikan Kursus Tanaman Vanila berbayar kepada orang awam yang berminat.
4. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada petani atau pengusaha persendirian yang membeli bibit dari Borneo Vanilla.
5. Mewujudkan ladang demo sebagai pusat maklumat mengenai penanaman vanila
Kelihatan YB. Datuk Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (kanan) sedang memperkatakan sesuatu mengenai vanila kepada kepada Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Haji Datu Mansor (kedua dari kiri)sambil diperhatikan oleh YB. Datuk Haji Musbah Jamli, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan (tengah)Pengenalan Vanila
Vanila adalah sejenis orkid liar berasal dari Mexico yang tumbuh dengan subur di kawasan tropika lembap. Ini bermakna vanila sesuai ditanam di Madagascar, Indonesia, China dan juga di Malaysia. Pada peringkat awal penduduk Mexico menggunakan buah vanila sebagai penyedap tembakau dan minuman coklat. Namun dengan kemajuan sains dan teknologi, vanilin dari buah vanila kini banyak digunakan dalam industri makanan, perubatan, wangian, cat, tayar dan sebagainya.Permintaan vanila di pasaran global adalah sangat tinggi sehingga mencecah 18,000 MT setahun. Pada masa yang sama menurut sumber FAO pengeluaran vanila dunia dari tahun 2000 hingga 2006 adalah sebanyak 6,000 – 10,000 MT sahaja. Ini menjadikan Projek Tanaman Vanila yang dianjurkan KPD mempunyai prospek sangat cerah. Harga pod kering vanila di pasaran antarabangsa boleh mencapai USD50 hingga USD100 sekilogram.
Jenis Vanila Yang Bernilai
1. Vanilla Planifolia Andrews - spesis yang ditanam oleh KPD
2. Vanilla Pompana Schieda
3. Vanilla Tahitensis J.W.Moore
Ekologi
1. Taburan hujan 1,000 – 3,000 mm setahun
2. Keadaan suhu 23C – 26C
3. Kelembapan 50 – 80%
4. Sinaran matahari 30 – 50%
5. Tanah loam yang mengandungi banyak bahan organic
6. pH tanah 5.5 – 7.0
Morfologi
1. Akar
Terdapat tiga (3) jenis akar iaitu akar tanah, akar pelekat dan akar gantung
2. Batang
Batang vanila boleh tumbuh sehingga mencapai 50 meter. Batang mempunyai ruas yang mana jarak antara ruas adalah 15 cm.
3. Daun
Vanila mempunyai daun tunggal yang berselang-seli. Daunnya tebal memanjang dan meruncing di sebelah hujung dengan ukuran 9 – 22 cm panjang dan 3 – 7 cm lebar.
4. Bunga
Vanila mengeluarkan bunga setahun sekali. Bunga vanila adalah jenis biseksual berwarna kuning kehijauan dan hanya akan mengembang selama satu (1) hari sahaja jika pendebungaan tidak dilakukan.
Buah vanila
5. Buah
Buah vanila berbentuk panjang tiga (3) segi, bertangkai pendek dengan ukuran 8 – 25 cm panjang dan 5 – 15 mm diameter. Terdapat 20 – 25 buah per tandan dan akan matang dalam masa lapan (8) bulan selepas pendebungaan.
Kriteria Kesesuaian Tapak
1. Kawasan yang tidak dibanjiri air
2. Mempunyai kemudahan asas seperti jalanraya dan bekalan air
3. Kawasan tanah rata atau berbukit landai dan terdiri dari jenis tanah Peroi Alluvium
Sebarang pertanyaan mengenai projek ini bolehlah berhubung terus dengan alamat di bawah:-
Kumpulan Tanaman
Korporasi Pembangunan DesaAras 2, Wisma Pertanian SabahJalan Tasik, Luyang(Off Jalan Maktab Gaya)Beg Berkunci 8688998 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +6088 291313Fax: +6088 291354
Laman Web: http://www.sabah.gov.my/kpdE-mail: kpd@sabah.gov.my
Buah vanila yang sudah matang dan sedia untuk dituai
YB. Datuk Timbalan Ketua Menteri sedang mendongak ke atas, bagai melihat nilai vanila yang terlalu tinggi

Friday, May 15, 2009

Ternakan Lebah Madu

Penanaman Cendawan Ternakan Lebah Madu
Ternakan Kambing Penanaman Vanilla

PROJEK TERNAKAN LEBAH MADU

Pengenalan

Sebelum tahun 2004 Projek Lebah Madu adalah salah satu daripada projek yang dijalankan oleh KPD di kawasan Utara negeri Sabah yang merangkumi Kudat, Matunggong, Kota Marudu dan Pitas. Walau bagaimanapun, sejak Hala Tuju KPD yang baru dibentuk pada tahun 2004, projek ini telah diperbesar serta dikembangkan menjadi Perniagaan Teras KPD. Seterusnya pada masa kini KPD sedang berusaha untuk mengembangkan projek ini ke daerah-daerah lain di negeri Sabah khususnya Sipitang, Pedalaman, Ranau dan Telupid.

Projek Lebah Madu dimulakan dalam bentuk penyelidikan di Kota Marudu pada tahun 1980 dengan bantuan pakar lebah dari Kanada, iaitu Scodt Fabiarn. Pada tahun 1984 pihak KPD telah menghantar dua (2) orang pegawainya ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) untuk mempelajari teknik-teknik penternakan lebah. Seterusnya pada tahun 1985 sekali lagi pakar lebah dari Kanada – Dale Hoogie datang untuk membantu KPD sehingga tahun 1988.

Projek ini dilaksanakan secara Perladangan Kontrak dengan petani di kawasan Kota Marudu pada tahun 1991. Oleh kerana potensi projek ini yang sangat berdaya maju, ianya telah dikembangkan ke kawasan lain di sekitar Kota Marudu iaitu Kudat, Matunggong dan Pitas. Kini pihak KPD turut menternak lebah madu di ladang milik sendiri dalam usaha menjamin konsistensi bekalan madu tempatan.

Sebagai sokongan kepada industri penternakan lebah madu ini, KPD telah membina Pusat Pemprosesan Madu Lebah di Timbang Madu, Kota Marudu pada tahun 1992. Walau bagaimanapun, ianya telah dipindahkan ke Sikuati, Kudat pada tahun 2006 bagi menampung pemprosesan madu lebah dalam skala yang lebih besar. Kini pusat tersebut dikenali dengan nama Borneo Honey Bee Centre.

Usaha-usaha KPD untuk mempertingkatkan kualiti produk madu keluarannya – Borneo Tropical Honey telah diakui dan diiktiraf oleh pihak-pihak berwajib dengan penganugerahan sijil HALAL pada tahun 2004 dan MS-ISO 9001:2000 pada tahun 2007.

Objektif

1. Meningkatkan pengeluaran madu tempatan yang berkualiti

2. Menyediakan sumber pendapatan yang berterusan kepada para peserta projek

3. Membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan

4. Menjadikan Pusat Lebah Borneo dan Ladang Penternakan sebagai destinasi
Agro- Pelancongan di utara Sabah

Aktiviti Yang Dijalankan

1. Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai penternakan lebah madu kepada para
peserta projek Perladangan Kontrak.

2. Memberi Kursus Teknikal Penternakan Lebah Madu berbayar kepada orang awam yang
berminat.

3. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan pembelian hasil di ladang.

4. Mewujudkan Muzium Lebah yang mempamerkan jenis-jenis lebah, peralatan dan
perkakasan menternak lebah madu dan sebagainya.

5. Mewujudkan Ladang Penternakan sebagai tempat untuk lawatan sambil belajar.

6. Mewujudkan kedai jualan untuk produk-produk madu lebah Borneo Tropical Honey.

Jenis Produk Yang Dikeluarkan

Borneo Tropical Honey 500 gram, 480 gram, 380 gram, 340 gram dan Potiukan 290 gram.

Borneo Tropical Honey

Borneo Tropical Honey adalah produk madu lebah HALAL keluaran KPD yang 100% tulen, tanpa bahan pengawet atau perasa tiruan. Sumber nektarnya adalah daripada pelbagai jenis bunga yang ada di sekitar sarang seperti pokok kelapa, acacia mangium, getah, bunga-bungaan dan sebagainya.

Di peringkat ladang, hanya madu yang matang sahaja akan dituai untuk menjaga dan mengekal keasliannya. Madu yang dituai akan diproses dan dibotolkan dalam pelbagai saiz dan rekabentuk produk madu.

Madu adalah suatu produk yang stabil dan tidak mudah rosak oleh kuman perosak makanan. Untuk menjaga kesegarannya, adalah disyorkan supaya madu disimpan di tempat yang dingin dan kering pada suhu 27C serta tidak terdedah kepada cahaya matahari atau suhu yang tinggi. Madu juga tidak boleh disimpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan daripada berlakunya proses pembekuan ke atas madu tersebut.

Nilai Makanan dan Perubatan

1. Sebagai makanan terbaik untuk kesihatan

2. Memperbaiki sistem penghadaman makanan dalam badan

3. Mempertingkatkan tenaga

4. Gula dektrosa yang terdapat pada madu mudah larut dalam darah manusia tanpa
melalui proses penghadaman

5. Gula dektrosa mempunyai kepentingan besar dalam menyembuhkan pelbagai penyakit
seperti ulser

6. Mengatasi masalah kekurangan zat makanan terutama sekali pada kanak-kanak

7. Madu digunakan dalam penyediaan bahan-bahan persolekan

Sunday, April 5, 2009

KEMAHIRAN ASAS & TEKNIK MENJAWAB (SAINS KBSM) SPM

PENDAHULUAN

Sains KBSM (teras) adalah mata pelajaran yang PALING MUDAH. Mudah untuk lulus malah, mudah juga untuk LULUS CEMERLANG (B3, A2 dan A1). Mengapa sains itu mudah? Sains itu mudah kerana sains membincangkan perkara yang bukan asing bagi anda. Dalam sains anda mempelajari sesuatu yang nyata, jelas, logik, mudah diterima oleh "akal biasa" dan SANGAT MUDAH DIFAHAMI. Sains juga mudah kerana anda mempelajari sesuatu yang berlaku pada diri anda, sekitaran anda dan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian anda. OLEH ITU, SAINS ADALAH MUDAH.

Malangnya, ramai pelajar yang tidak memahami hakikat ini. Ramai pelajar menganggap sains SUSAH malah SANGAT SUSAH. "Belajar sains kena hafal formula, gambarajah, fakta, istilah dan banyak lagi, PECAH OTAK DIBUATNYA!". Inilah sungutan yang biasa kedengaran daripada mulut pelajar. Jika inilah yang tergambar dalam minda anda, maka benarlah SAINS ITU SUSAH dan anda TIADA HARAPAN untuk lulus sains dalam SPM.

Kertas kerja ini akan cuba membimbing anda untuk mendapat markah yang baik dalam SPM. Pengetahuan tentang teknik menjawab kertas soalan sains dalam SPM adalah perlu kerana dengannya anda mampu menjawab soalan dengan baik dan tentunya akan menghasilkan markah yang baik. Oleh itu, pelajari teknik menjawab dengan sepenuhnya jika anda inginkan manfaat daripadanya.

KAEDAH BELAJAR SAINS

Kelemahan yang nyata di kalangan pelajar ialah kurangnya "Kemahiran Belajar" dan ini sangat mempengaruhi keputusan yang mereka perolehi dalam semua peperiksaan yang mereka lalui. Kelemahan ini ditambah lagi dengan sikap tidak mahu memperbaiki kelemahan diri berdasarkan kesilapan yang dilakukan. Biasanya selepas sahaja peperiksaan selesai kertas soalan akan dibuang dan dicampak merata tempat. Kalau pun ada yang masih menyimpan, tidak tahu di mana mereka menyimpannya. Disamping itu, sikap MALAS merupakan punca utama kelemahan pelajar.

Dalam kertas kerja ini, perbincangan khusus tentang apa itu "Kemahiran Belajar" tidak akan dibincangkan. Perbincangan hanya akan memfokuskan kaedah yang paling sesuai dan paling berkesan dalam belajar sains untuk mendapatkan kefahamaan yang benar-benar mantap dan mampu menghadapi sebarang bentuk soalan peperiksaan. Secara amnya, terdapat tiga kaedah umum untuk mempelajari sains.

Pemahaman

Sains untuk difahami BUKAN HAFALAN. Inilah kelemahan yang nyata di kalangan pelajar. Ramai pelajar menganggap sains itu susah kerana banyak sangat dihafal. Kena hafal istilah dan ejaannya, fakta, gambarajah, eksperimen dan banyak lagi. Kalau belajar hanya dengan menghafal apa jenis mata pelajaran pun akan susah. Perkara asas ialah KEFAHAMAN. Setelah anda faham maka mudahlah anda membuat hafalan (bukan untuk fakta atau istilah, tetapi untuk rajah, eksperimen ataupun ejaan). Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan dengan kefahaman;

1. Kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep biasanya samar-samar sahaja. Oleh itu, jawapan yang dikemukakan dalam peperiksaan biasanya terlalu umum dan kebanyakannya mengarut. Anda sepatutnya memahami sesuatu konsep dan tajuk dengan sepenuhnya sebelum anda mempelajari konsep dan tajuk yang baru.

2. Ramai juga pelajar tidak mengetahui bahawa konsep sains biasanya berkaitan antara satu dengan lain, di mana sesuatu konsep digunakan dalam banyak bab. Sebagai contoh, konsep atom, unsur, molekul, cas dan ion yang dipelajari dalam bab 3 (Jirim dan Bahan) digunakan dalam bab 4 (Tindak balas kimia) dan bab 7 (Sebatian karbon). Kurang kefahaman terhadap konsep ini akan menyukarkan anda mempelajari ketiga-tiga bab tersebut. Seterusnya, sukar bagi anda untuk menjawab dengan baik soalan yang melibatkan konsep tersebut sama ada dalam bab3, bab 4 mahupun bab 7.

Latihan

Latihan merupakan perkara yang jarang dilakukan oleh pelajar. Kalau ada pun, latihan hanyalah tertumpu untuk kertas 1 (soalan objektif). Latihan dalam kertas 2 (struktur dan esei) sangat jarang dilakukan oleh pelajar. Kebanyakan pelajar ANGKUH dan beranggapan dengan HANYA MEMBACA mereka mampu menjawab apa jua bentuk soalan. Ingatlah bahawa sikap angkuh itu biasanya akan membawa padah yang buruk. Latihan perlu kerana dengannya anda boleh;

1. menguji sejauh mana kefahaman anda terhadap sesuatu tajuk;
2. mengesan kelemahan anda, sama ada dalam tajuk tertentu, konsep, istilah, rajah atau pun hafalan; dan
3. membiasakan anda dengan bentuk soalan dan kaedah menjawab.

Nota Ringkas atau Peta Minda (peta konsep)

Nota ringkas perlu tetapi ramai pelajar juga kurang membuatnya, malah ada yang menganggap ianya tidak perlu lagi memandangkan di pasaran kini terdapat banyak buku-buku ringkas pelbagai jenama (walau pun sebenarnya tidak ringkas). Fenomena buku ringkas ini membuatkan pelajar menjadi MALAS untuk menulis. Akibatnya, dalam peperiksaan pelajar biasanya memberikan jawapan yang umum (bukan mengikut fakta sains), salah ejaan, mengarut dan fakta yang salah. Nota ringkas perlu kerana;

1. dengan menulis anda akan mudah faham dan mengingat kembali apa yang anda pelajari terutamanya yang melibatkan istilah, langkah-langkah dan rajah;

2. untuk mengulangkaji cepat ketika menghadapi peperiksaan;

3. melalui peta minda anda mudah memahami perkaitan sesuatu fakta dan konsep keseluruhan sesuatu bab; dan

4. dengan kaedah "mneumonik" anda mudah mengingat sesuatu perkara.

TEKNIK MENJAWAB

Kertas 1 (Objektif)

Bahagian ini mengandungi 40 soalan iaitu 30 pilihan dan 10 aneka pelengkap yang membawa 40 markah.Bagi kertas ini, jawapan telah disediakan, pilihlah jawapan yang betul. Berhati-hati dengan perkataan BETUL, SALAH, KECUALI dan seumpamanya. Luangkan sedikit masa untuk memilih jawapan yang betul, jangan menembak membabi buta. Jawab soalan yang mudah dahulu dan soalan sukar jawab kemudian. JANGAN terlupa membawa pensel 2B dan bulatkan satu sahaja jawapan yang betul.

Kertas 2

Bahagian A (Struktur, alternatif amali: 10 markah: 3-4 soalan)

Bagi soalan struktur Bahagian A, anda mungkin dibekalkan dengan alat radas yang telah dilukis. Perhatikan dengan teliti alat-alat radas tersebut. Fahamkan soalan dan jawab mengikut apa yang diminta oleh soalan. Lukis dengan kemas jika diminta oleh soalan dan lukis di ruangan yang disediakan. JANGAN sekali-kali menggunakan PEN untuk melukis.

Bahagian B (Struktur: 30 markah: 4-6 soalan)

1. Secara umumnya, pemarkahan soalan struktur berasaskan ada markah (betul) dan tiada markah (salah) kecuali soalan yang melibatkan graf, gambarajah dan pengiraan. Dalam pemarkahan, prinsip "wrong versus right" atau jawapan yang salah menyalahkan jawapan yang betul digunakan. Sekiranya dalam jawapan ada yang salah maka keseluruhan jawapan adalah salah walaupun terdapat jawapan yang betul.

2. Takrifan istilah mestilah TEPAT dan ejaan yang betul. Kata kunci (key words) bagi istilah mesti disertakan, kalau tiada maka tiada markah diberi. Sebagai contoh, bagi definisi Isotop, perkataan bergaris adalah kata kunci bagi istilah tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan isotop?

Isotop ialah atom-atom yang berlainan bagi unsur yang sama, atau
Unsur yang mempunyai nombor atom yang sama dan nombor jisim yang berbeza

Variasi ialah perbezaan ciri individu daripada spesies yang sama.

Jirim adalah yang membentuk benda yang mempunyai jisim dan menepati // memenuhi ruang.

3. Soalan struktur mempunyai ruangan jawapan yang mencukupi untuk jawapan yang sepatutnya. Sekiranya anda memberikan jawapan melebihi ruangan yang disediakan maknanya anda telah MENGARUT. Jawapan hendaklah tepat, ringkas dan padat. Oleh itu, rancang jawapan anda sebelum menjawab. Sebagai contoh;

Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bakteria?
Suhu dan pH.

Apakah hasil yang terbentuk jika campuran kuprum(II)oksida dan karbon dibakar bersama?
Logam kuprum dan gas karbon dioksida.

4. Istilah sains yang digunakan mestilah tepat dengan ejaan yang betul. Kesalahan ejaan akan menyebabkan KESELURUHAN JAWAPAN SALAH. Gunakan istilah yang digunakan dalam buku teks bantuan kerajaan.

5. Jawab apa yang diminta oleh soalan. Jika diminta menyatakan dua faktor, nyatakan DUA sahaja. Sekiranya anda memberi jawapan yang lebih dan ada antaranya salah maka keseluruhan jawapan salah. Sebagai contoh;

Nyatakan dua ciri-ciri imej cermin satah.
Tegak, maya, sama saiz dengan objek dan songsang. (Markah=0)

6. Jika soalan melibatkan PERBANDINGAN, maka dalam jawapan anda harus ada perkataan seperti LEBIH BESAR, LEBIH LUAS, KURANG DARIPADA dan seumpamanya. Jika perkataan tersebut tiada, maka tiada markah yang diberi. Jawapan anda harus memperlihatkan perbandingan yang diminta oleh soalan. Sebagai contoh;

Nyatakan pemerhatian yang membolehkan anda membuat kesimpulan di d(i)?
Kerana kawasan jernih di sekitar cakera P (penisilin) lebih besar // lebih luas berbanding cakera S (streptomisin).

7. Bagi soalan yang melibatkan perubahan, dalam jawapan anda harus ada perkataan seperti BERUBAH, BERTUKAR, MENJADI dan seumpamanya. Jawapan haruslah menggambarkan perubahan yang berlaku. Sebagai contoh;

Apakah perubahan yang berlaku jika elektrolisis dibiarkan selama beberapa jam?
Warna biru kuprum sulfat menjadi pudar.

Apakah yang terjadi kepada cecair bromin dalam balang gas itu?
Cecair bromin berubah menjadi gas bromin.

8. Bagi soalan yang melibatkan pengiraan, cara kerja pengiraan haruslah ditunjukkan dalam ruangan yang disediakan. Jawapan harus disertakan dengan unit SI seperti cm3, saat, m, kg, saat per cm3, km per jam dan sebagainya.

9. Bagi soalan yang melibatkan gambarajah, lukisan harus mempunyai ciri-ciri berikut;

i. BESAR. Lukisan memenuhi ruangan yang disediakan. Jangan buat lukisan yang terlalu kecil.
ii. JELAS. Lukisan jelas dan terang. Sebaik-baiknya menggunakan pensel 2B.
iii. GARISAN JELAS. Garisan tebal dan tiada GARIS PUTUS-PUTUS atau BERSILANG.
iv. TIADA LOREKAN.
v. BERSIH. Tiada kesan pemadaman yang boleh menjejaskan gambarajah.
vi. GARIS LABEL TIDAK BERSILANG.

10. Bagi soalan yang melibatkan graf, anda harus mengetahui beberapa ciri graf seperti berikut;

i. BESAR. Graf harus (seboleh-bolehnya) memenuhi kertas graf yang disediakan.
ii. PAKSI. Garis dan tajuk graf berserta unitnya.
iii. SKALA. Skala mengikut kadar peningkatan yang seragam. Sebagai contoh; 0.0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4, 0.5 atau 0, 5, 10, 15, 20, 25.
iv. KOORDINAT YANG BETUL. Titik koordinat pada tempat yang betul dan bertanda.
v. BENTUK GRAF YANG BETUL. Biasanya licin, lengkungan dan garis lurus.

Bahagian C (Esei: 20 markah: 4 soalan jawab DUA sahaja)

Bahagian ini merupakan bahagian dimana ramai pelajar melakukan kesilapan iaitu menulis jawapan yang terlalu panjang, berjela-jela, ayat yang sukar difahami, tidak memenuhi kehendak soalan dan fakta yang terlalu umum (tidak melibatkan fakta dan konsep sains). Sebenarnya, bahagian ini amat mudah untuk mendapatkan markah yang baik sekiranya pelajar mengetahui teknik menjawapnya. Berikut beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pelajar berhubung dengan teknik menjawab soalan esei.

1. FAHAMKAN KEHENDAK SOALAN. Rangka jawapan anda mengikut kehendak soalan dan bersesuaian dengan markah yang diperuntukkan. SATU MARKAH UNTUK SATU ISI PENTING.

2. PENDAHULUAN dan PENUTUP TIDAK PERLU. Jawapan haruslah ringkas dan mudah difahami. Jangan membuat ayat yang terlalu panjang kerana kemungkinan anda melakukan kesalahan adalah besar.

3. FAHAMKAN ARAHAN yang terdapat dalam soalan. Setiap bentuk arahan mempunyai kaedah menjawab yang tersendiri dan secara ringkasnya adalah seperti berikut;

A. TAKRIF/DEFINISI/MAKNA/MAKSUD istilah.

Jelaskan istilah dengan ringkas berserta kata kuncinya. Penjelasan lanjut adalah tidak diperlukan dan tidak akan mendatangkan sebarang markah.

B. NYATAKAN/BERIKAN/SENARAIKAN.

Nyatakan dengan ringkas apa yang diminta oleh soalan. Penjelasan lanjut tidak diperlukan. Sebagai contoh;

Nyatakan tiga sifat getah asli? (3 markah)
Sifat-sifat getah asli ialah melekit apabila dipanaskan, terlalu kenyal dan lembut.

C. TERANGKAN/JELASKAN.

Jelaskan dengan ringkas menggunakan prinsip, konsep atau fakta sains. Penjelasan umum tanpa menggunakan "bahasa sains" tidak akan memberikan sebarang markah.

Minyak kelapa sawit ialah minyak yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Jelaskan. (3 markah)
Minyak kelapa sawit berkhasiat dan baik untuk kesihatan kerana;
i. mengandungi vitamin A dan vitamin E;
ii. tidak mengandungi kolesterol; dan
iii. mengurangkan kolesterol dalam darah.

D. PERBEZAAN dan PERBANDINGAN.

Kaedah terbaik untuk menjawab soalan yang melibatkan perbezaan dan perbandingan ialah dengan menggunakan JADUAL. Setiap perbezaan dan perbandingan tentang perkara yang sama harus diletakkan pada baris yang sama. Bagi jawapan berbentuk ayat, lihat contoh di bawah.

Jelaskan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. (3 markah)

Lemak Tepu

Lemak Tak Tepu

Pepejal pada suhu bilik

Cecair pada suhu bilik

Takat lebur tinggi

Takat lebur rendah

Mempunyai ikatan tunggal antara atom karbon

Mempunyai ikatan ganda dua antara atom karbon

ataupun,

Perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu ialah;
i. pada suhu bilik, lemak tepu dalam keadaan pepejal manakala lemak tak tepu cecair;
ii. lemak tepu mempunyai takat lebur yang tinggi berbanding lemak tak tepu;
iii. lemak tepu mempunyai ikatan tunggal dalam molekulnya, manakala lemak tak tepu mempunyai ikatan ganda dua.

D. HURAIKAN/BINCANGKAN.

Jawapan agak panjang sedikit, walau bagaimanapun gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Jawapan harus disokong atau disertakan dengan konsep dan fakta sains yang jelas seperti pembuktian melalui eksperimen, langkah-langkah dan keputusan eksperimen. Langkah-langkah eksperimen harus meng-gunakan AYAT PASIF mengikut nombor dan urutan yang betul. Adakalanya gambarajah juga perlu disertakan untuk mengukuhkan jawapan anda.

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN

Soalan Struktur

1. Menggunakan SINGKATAN PERKATAAN dan SIMBOL dalam persamaan tindak balas kimia. Sebagai contoh, @ (atau), / (atau), & (dan), dll (dan lain-lain), 2 (dua), M (merah), U (ungu). Bagi tindak balas kimia, persamaan harus ditulis dalam bentuk PERKATAAN.

2. Tidak boleh membuat pemerhatian yang baik terhadap eksperimen yang terdapat dalam soalan. Ini menyebabkan pelajar memberikan jawapan yang jauh berbeza daripada jawapan yang dikehendaki. Sebagai contoh;

Nyatakan pemerhatian yang membolehkan anda membuat kesimpulan di d(i).
Jwpn. Pelajar : Kerana penisilin sangat berkesan dalam membunuh mikrorganisma.
Jwpn. Sebenar : Kerana kawasan jernih di sekitar cakera penisilin lebih luas ber- banding cakera streptomisin.

3. Jawapan TERLALU UMUM iaitu tidak menggunakan prinsip, hukum dan istilah sains yang bersesuaian.

4. SALAH EJAAN. Ramai pelajar tidak menitikberatkan KETELITIAN dalam menjawab soalan terutamanya yang melibatkan istilah.

5. JAWAPAN PANJANG dan menyalin balik soalan. Sebagi contoh;

Namakan satu penyakit yang boleh dirawat menggunakan penisilin.
Penyakit yang boleh dirawat dengan penisilin ialah kudis

6. TIDAK BOLEH MEMBACA UKURAN alat-alat radas sains seperti silender penyukat, neraca spring dan alat radas lain.

7. Jawapan bercanggah. Jawapan yang diberi bertentangan iaitu ada jawapan salah dan jawapan betul. Sebagai contoh;

Nyatakan dua ciri imej yang terbentuk.
1. Nyata 2. Maya

8. TULISAN TERLALU SUKAR DIBACA.

9. LEMAH DALAM PENGGUNAAN FORMULA.

10. UNIT TIDAK DISERTAKAN.

11. Tidak memenuhi kehendak soalan.

Terangkan bagaimana rabun jauh diatasi?
Rabun jauh tidak dapat melihat objek yang jauh

12. Tidak boleh membezakan antara arahan LUKISKAN dan LAKARKAN. Rajah tidak berlabel, label bersilang dan tidak lengkap. Sebagai contoh, rajah sinar tidak mempunyai anak panah.

13. TIDAK TAHU MEMPLOT/MELUKIS GRAF dan tidak tahu membaca koordinat.

14. PENGETAHUAN TIDAK MENCUKUPI atau SAMAR-SAMAR.

Soalan Esei

1. Tidak memahami kehendak soalan. Jawapan pelajar biasanya terlalu penjang berbanding dengan markah yang diperuntukkan diikuti oleh perenggan dan ayat yang TERLALU PANJANG dan berputar-belit.

2. Tidak merancang bagaimana hendak menjawab soalan akibatnya jawapan tidak tersusun, bercelaru, fakta yang sama diulang-ulang dan sesetengahnya keluar daripada kehendak soalan.

3. Tidak melukis gambarajah dengan betul. Biasanya gambarajah dilukis alakadar, telalu ringkas, kotor dan terlalu kecil. Gambarajah tidak dilabel dan kadangkala terdapat label yang bersilang.

4. Isi terlalu am iaitu tidak menggunakan "bahasa sains". Kadang kala "istilah kampung" turut digunakan dalam jawapan.

5. Lemah dalam soalan perbandingan dan perbezaan. Sebagai contoh;

Jelaskan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. (3 markah)

Lemak Tepu

Lemak Tak Tepu

Pepejal pada suhu bilik

Takat lebur rendah

Takat lebur tinggi

Cecair pada suhu bilik

Adalah lemak haiwan

Selalunya dibuat minyak masak

6. Tidak mahu mencuba langsung walaupun sesetengah soalan sebenarnya terlalu mudah kerana kadangkala jawapan telah ada dalam soalan.

PENUTUP

Melalui kertas kerja ini adalah diharapkan anda telah mempelajari kemahiran yang baru dan berusaha menggunakannya sama ada dalam latihan, ujian mahupun peperiksaan apatah lagi dalam SPM nanti. Perbaiki kelemahan anda dan ingatlah markah yang baik datangnya daripada jawapan yang baik.

"SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA BERSAMA ANDA"

Tuesday, March 31, 2009

Transformasi kaedah pengajaran dan pembelajaran

PRESIDEN Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Must) merangkap Presiden Persekutuan Akademi dan Persatuan Saintifik Asia (AASA), Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman, memberi pandangan mengenai transformasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang wajar dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar dalam bidang sains.

SEORANG rakan pernah menceritakan kepada saya mengenai anaknya dimarahi guru kerana menghasilkan lukisan daun berwarna merah sedangkan sebenarnya anak itu mendapat inspirasi berbuat demikian setelah melihat pokok puding di luar kelasnya yang mempunyai ciri fizikal itu.

Kisah ini adalah contoh mudah bagaimana kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara hafalan yang masih diamalkan secara meluas di negara ini boleh membantutkan kreativiti dan perkembangan minda pelajar kerana mereka tidak diberi peluang menjelas atau membincangkan pendapat mereka mengenai sesuatu pengetahuan.

Ini kerana kaedah P&P secara hafalan ini hanya memerlukan pelajar mengingati sebanyak mungkin pengetahuan atau maklumat yang dicurahkan guru tanpa menekankan aspek kefahaman pelajar mengenai teori atau idea yang diketengahkan.

Kaedah P&P yang kurang merangsang daya pemikiran pelajar inilah antara punca bidang sains dianggap susah dan tidak menarik minat masyarakat negara ini khususnya di kalangan pelajar.

Jika masalah asas ini tidak ditangani segera, pasti ia menyukarkan usaha kerajaan mencapai sasaran nisbah 100 penyelidik, saintis dan jurutera dengan 10,000 tenaga kerja tempatan menjelang 2020.

Antara penyelesaian boleh dilaksana bagi mengatasi masalah ini ialah melatih guru mengamalkan kaedah P&P secara pertanyaan dan percubaan atau Inquiry Based Learning (IBL) yang kini menjadi amalan di kebanyakan negara termasuk Singapura, Turki dan Amerika Syarikat.

Saya berpeluang menyaksikan bagaimana kaedah P&P ini dilaksanakan ketika ia dibentangkan sempena Perhimpunan Agung Kelapan AASA dan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Sains Asia Pasifik di Ankara, Turki, tahun lalu.

Menerusi IBL, guru memainkan peranan sebagai pembimbing dan pemangkin bagi pelajar membina kefahaman mengenai sesuatu teori sains berdasarkan contoh kehidupan sebenar ditunjukkan kepada mereka.

Pendekatannya mudah, iaitu guru menunjukkan objek atau fenomena sebenar yang wujud untuk dijadikan bahan eksperimen pelajar secara berkumpulan.

Sewaktu melakukan eksperimen, pelajar digalak mengetengahkan pendapat dan berbincang mengenai pemahaman masing-masing sebelum guru menjelaskan konsep sebenar.

Sebagai contoh, jika topik berkaitan kadar air diperlukan tumbuhan, guru boleh membawa pelajar melawat kebun sayur terlebih dulu dan apabila pulang ke kelas, diadakan perbincangan dengan pelajar mengenai isu itu.

Setiap pelajar diberi peluang mengemukakan pendapat masing-masing dengan menyatakan rasional mereka berpendapat demikian dan tiada jawapan dianggap salah atau betul.

Kemudian pelajar diberi peluang menjalankan eksperimen berkaitan topik itu dengan bimbingan guru bagi membolehkan mereka mencari sendiri jawapan sebenar kepada isu yang dibincangkan.

Amalan P&P seumpama ini lebih berkesan bagi membina kemahiran pemerhatian dan analisis pelajar kerana mereka didedahkan contoh sedia ada dan diberi galakan untuk menyuarakan pendapat.

Ia juga secara tidak langsung menyuntik semangat kerjasama dalam kumpulan serta membiasakan pelajar dengan kemahiran menjalankan eksperimen.

Bagi memperluas IBL di negara ini, guru subjek sains di seluruh negara perlu diberi latihan sewajarnya dan kepakaran ahli saintis juga boleh diguna pakai bagi tujuan ini.

Pembabitan ahli saintis pula bukan untuk mengajar, sebaliknya membimbing guru menjalankan eksperimen menggunakan objek, hidupan atau fenomena bagi menyuntik minat pelajar dalam subjek itu.

Saturday, March 21, 2009

Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

1. Makalah ini disumbangkan oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad daripada Karyawan.

2. Beliau meninjau betapa rapatnya hubungan bahasa dengan perjuangan bangsa, dan betapa tindakan ini melemahkan nasionalisme.

3. ‘Nasionalisme’ atau ‘semangat kebangsaan’ atau ‘semangat bangsa’ secara umumnya lahir dari kesedaran bahawa keanggotaan seseorang dalam kesatuan sosiobudaya yang disebut BANGSA ditandai oleh ciri-ciri yang dimiliki atau diwarisi bersama oleh seluruh anggota bangsa itu dan membezakannya daripada bangsa lain.

4. Bahasa berkuasa sebagai alat pembentukan tamadun bangsa yang sangat integratif kerana melalui bahasa sesuatu bangsa itu dapat dikenali dengan cara bagaimana mereka menanggapi alamnya baik alam sosial mahupun alam kosmos.

5. Oleh itu, bahasa dianggap sebagai pembentuk identiti sesuatu bangsa.

6. Umumnya faktor tercetusnya semangat nasionalisme berpunca daripada rasa ketercabaran iaitu apabila sesuatu bangsa merasakan bahawa identiti bangsanya tercabar oleh keadaan yang boleh menyebabkan hak dan kepentingan mereka tergugat.

7. Nasionalisme Melayu mula tercetus dalam bentuk aktivisme politik selepas Perang Dunia Kedua khususnya dalam tahun 1946.

8. Sementara perjuangan bahasa lahir daripada tuntutan nasionalisme Melayu supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

9. Terdapat sebuah pertubuhan NGO yang bergiat aktif memperjuangkan isu budaya dan bangsa dikenali sebagai Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK) dengan beraninya mengecat beberapa papan tanda awam yang tertulis dalam bahasa Inggeris.

10. Sekumpulan 9 orang peguam pula telah menghantar memorandum bertajuk Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967: Memorandum Husin Onn dan kawan-kawan kerana kerajaan tidak melaksanakan matlamat yang terkandung dalam Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan.

11. Sekumpulan aktivitis bahasa Melayu mengadakan perarakan yang terkenal dengan Perarakan Keranda 152 menuju ke kediaman PM dan Parlimen untuk menghantar memorandum bantahan.

12. Hanya selepas 1970-an ke atas barulah kerajaan melaksanakan dasar menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

13. Beliau menegaskan nasionalisme atau nasionalisme bahasa jangan dikelirukan dengan emosi rasisme atau etnisiti,tetapi harus dilihat sebagai proses pembebasan politik dan penjajahan sosioekonomi yang dilakukan melalui bahasa kuasa luar.

14. Beliau juga mengingatkan agar jangan lagi menuduh “pejuang bahasa Melayu” atau nasionalis bahasa Melayu sebagai fanatik bahasa, gila bahasa, anti-bahasa Inggeris, anti kemajuan dan sebagainya kerana kata-kata ini merepek dan tidak berasas sama sekali.

Tuesday, March 10, 2009

Pembangunan modal insan berkualiti

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

Wednesday, January 28, 2009

Kemiskinan Membuktikan Wakil Rakyat Tidak Bekerja

Salah satu fakta yang sangat menyedihkan berkaitan N4 Matunggong ialah pewartaan kawasan ini sebagai salah satu DUN termiskin di Utara sabah. Selaku pengundi di N4 Matunggong , saya sangat sedih dengan keadaan ini kerana wakil rakyat yang dipilih sepatutnya mampu mengubah kehidupan rakyat. Sejak BN memerintah, kawasan N4 Matunggong masih jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Adakah penduduk N4 Matunggong bukan rakyat Malaysia?

Wakil rakyat yang dicalonkan hanya berdasarkan senioriti dalam politik bukan berdasarkan merit dalam kecemerlangan kerja. Wakil rakyat yang hanya dipilih tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat malah sering kali menyalahkan rakyat kerana tidak mampu berusaha. Adakah wakil rakyat N4 Matunggong benar-benar memperjuangkan rakyat? Kerajaan BN perlu menyelesaikan masalah ini demi masa depan rakyat di N4 Matunggong. Kalau bukan BN siap lagi yang membantu rakyat?

Selepas PRU12 rakyat N4 Matunggong masih tercari-cari apakah pembangunan yang ketara dibuat oleh wakil rakyat sekarang. Malah sering kali wakil rakyat mengelakkan untuk berjumpa dengan rakyat sebaliknya hanya mementingkan kroni-kroninya sahaja. Inikah perjuangan yang sejati? Pemimpin yang bijaksana bersikap adil dan tidak memilih bulu. Biarpun ada penentang semasa pilihan raya namun semua itu sepatutnya berlaku pada waktu itu sahaja. Selepas menang semua rakyat di N4 Matunggong berada dalam pimpinan wakil rakyat. Justeru itu wakil rakyat hendaklah bersuara untuk semua orang.

Saya menyeru kepada kerajaan BN supaya bertindak lebih bijak pada masa akan datang dengan memilih calon yang mempunyai rekod kerja yang cemerlang dan bukan atas dasar senioriti dalam parti. Setiap calon wakil rakyat hendaklah menyediakan bluprint 5 tahun sebelum dipilih sebagai calon BN. Selepas itu pucuk pimpinan BN hendaklah memantau hasil kerja wakil rakyat tersebut. Saya sangat yakin BN tidak akan seteruk seperti yang berlaku sekarang. Wakil rakyat sepatutnya memfokuskan kerja mereka sekurang-kurangnya melawat semua kampung dalam setahun. saya yakin rakyat sangat senang dengan wakil rakyat seperti itu. Semasa pemerintahan USNO dahulu rakyat N4 Matunggong sangat kenal dengan wakil rakyat tetapi wakil rakyat zaman BN sekarang hanya dikenal namanya tetapi bukan cara kerjanya.

Kepada pemimpin BN khususnya PBS lihatlah masalah ini demi masa depan rakyat di N4 Matunggong.

Tuesday, January 27, 2009

Kemajuan N4 Tanggungjawab Wakil Rakyat.

N4 Matunggong merupakan DUN yang majoriti rakyatnya adalah Rungus. Pemimpin telah silih berganti namun pembangunan ekonomi rakyat masih berada pada paras garis kemiskinan. Keadaan ini menyebabkan ramai anak muda di N4 Matunggong merantau ke Semenanjung Malaysia dan tidak kurang ke Singapura semata-mata untuk mencari rezeki dan kehidupan baru.

Bagi yang bernasib baik mereka telah berjaya memperolehi kerjaya dalam jabatan kerajaan atas usaha mereka sendiri. Terlalu sedikit pembangunan ekonomi yang dijana oleh pemimpin yang bergelar wakil rakyat di kawasan ini. Apakah wakil rakyat terlalu terbeban dengan masalah itu sehingga tidak mampu meningkatkan ekonomi rakyat N4 Matunggong?

Sebagai salah seorang rakyat yang mengundi di N4 Matunggong, saya terkilan dengan kemunduran DUN ini. Wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan dibayar oleh rakyat harus peka dengan keadaan ini. sampai bila keadaan ini berterusan? Gerai-gerai perniagaan di tepi-tepi jalan tidak mengalami perubahan malah bertambah teruk. Wakil rakyat tidak membawa perubahan dan pembangunan seperti mana dalam manefesto PRU 12.

Kerajaan khasnya BN hendaklah melihat secara mendalam masalah ini supaya tidak berterusan. Pucuk kepimpinan BN hendaklah menyusun strategi supaya setiap ADUN yang dipilih bekerja dan sentiasa turun padang bukan hanya musim pilihan raya sahaja kelihatan. Wakil rakyat seharusnya cemerlang dan berjiwa rakyat kerana rakyatlah yang memilih mereka untuk memegang jawatan tersebut.

Dalam hal ini beberapa tindakan drastik perlu diambil untuk memperbaik kemunduran yang melanda sekarang

1. Pembangunan modal insan melalui pelaksanaan pendidikan mesra rakyat.
2. Pembangunan ekonomi menerusi pelaksanaan satu kampung satu produk dan dipantau oleh
pemaju mukim.
3.Pembangunan infrastruktur setiap kampung menerusi pelaksanaan satu tahun satu kampung
mempunyai jalan raya beraspal.
4. Pembangunan sukan dengan melaksanakan satu mukim satu permainan mentor
5. Pembangunan kebudayaan dengan melaksanakan satu mukim satu budaya tradisi.
6. Pembangunan minda dengan melaksanakan satu mukim satu perpustakaan dan pusat net.
7. Pembangunan kepimpinan dengan melaksanakan satu mukim satu pemimpin mentor.

Sebenarnya banyak lagi program pembangunan yang dapat dilaksanakan di N4 Matunggong. Namun begitu hanya wakil rakyat yang cemerlang dan berwawasan dapat merealisasikan program tersebut. Ini kerana hanya wakil rakyat yang dapat menggerakkan anggota DUN N4 Matunggong ke arah kemajuan.

Friday, January 23, 2009

Permulaan Satu Perjalanan

Setiap kejayaan akan mula dengan langkah yang pertama. Silap melangkah akan menyebabkan kita jatuh atau gagal.

Jagalah langkah pertama.